Monday 27 June 2011

Two Years Under Pakatan Rakyat (PR)

A contradiction really:

Source: anwaribrahimblog.com

Prestasi Kerajaan Negeri-Negeri PR sepanjang 2 tahun

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.

Selangor:
Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20 753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM 2.752 billion(40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di Negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.
Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Pulau Pinang
Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri (ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan (surplus) sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM 35 juta (belanjawan 2008)
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz. Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) berjumlah RM 97 ribu per sekolah, RM 60 ribu kepada setiap sekolah cina dan RM 63 ribu kepada setiap sekolah tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM 11.3 juta

Kedah
Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar hutan kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran UMNO/BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 ke 4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Kelantan
Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.

_________________________________________________________

Source: Utusan Online

Kerajaan pakatan boleh dianggap gagal - TPM

KUALA LUMPUR 8 Mac - Pakatan pembangkang boleh dianggap gagal berikutan ketidakupayaan untuk mengumumkan kepada rakyat segala program yang telah dijalankan dalam tempoh dua tahun mereka berkuasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelemahan yang wujud pada pakatan itu adalah amat jelas jika dibandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memperkenalkan pelbagai perubahan untuk rakyat termasuk program transformasi kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru (MEB).

Beliau berkata, kerajaan BN juga telah berjaya memulihkan ekonomi negara dan ini terbukti apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini diunjurkan sebanyak lima peratus.

"BN telah banyak laksanakan pembangunan dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya umum lalu. Walaupun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) belum sampai setahun pentadbirannya, kita boleh lihat banyak perancangan jelas berasaskan gagasan 1Malaysia.

"Dalam tempoh dua tahun pakatan pembangkang tidak membuat apa-apa manakala Perdana Menteri belum sampai setahun tetapi sudah banyak perubahan yang dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program 1 Komuniti 1 Koperasi di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia hari ini bahawa pakatan pembangkang gagal melaksanakan pembangunan berkesan dan menunaikan janji selepas dua tahun berlalunya pilihan raya umum.

Menurut laporan khas itu, sepanjang dua tahun memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, tiada kesepakatan di kalangan parti yang menganggotai pakatan itu sehingga menyebabkan berlakunya kepincangan yang meruncing dalam pentadbiran di ketiga-tiga negeri berkenaan.

Menurut Muhyiddin, kejayaan kerajaan BN memperkenalkan segala perubahan selepas pilihan raya umum lalu berpunca daripada sikap tidak terikut dengan polemik politik yang cuba ditimbulkan pakatan pembangkang

"Kita cuba ditarik dalam kancah politik yang dibawa pembangkang, tetapi kita tidak lari daripada matlamat kita untuk membawa pembangunan kepada rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, koperasi di negara ini bukan saja terhad kepada aktiviti pembangunan ekonomi semata-mata malah perlu memberi tumpuan kepada aspek sosiobudaya masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, koperasi perlu berganjak ke hadapan melalui aktiviti ekonomi dan sosial yang meliputi lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama sama ada di bandar mahupun luar bandar.

"Koperasi tidak boleh dibataskan kepada bidang ekonomi semata-mata. Ia perlu melibatkan bidang sosial seperti kebajikan, alam sekitar kerana aspek sosial kini lebih diberi perhatian oleh rakyat," katanya.

Muhyiddin berkata, pendekatan 1 Komuniti 1 Koperasi yang berteraskan penubuhan koperasi di setiap komuniti di seluruh negara akan menyumbang kepada merealisasikan gagasan 1Malaysia.

"Pelancaran 1 Komuniti 1 Koperasi hari ini diharap akan dapat menyemarakkan lagi minat masyarakat Malaysia untuk menubuhkan koperasi tanpa mengira lokasi dan kawasan.

"Melalui penubuhan koperasi, pelbagai peluang perniagaan terbuka luas untuk diterokai secara berkumpulan.

"Penglibatan rakyat secara berkumpulan akan meningkatkan sumbangan sektor koperasi kepada pembangunan sosioekonomi rakyat," katanya.

________________________________________________________

Only one thing that I could say from each article:

Post 1: Facts are clearly stated

Post 2: Bunch of (crappy) programs n slogans, only!

"

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More